Ahad, 28 September 2008

terima kasih semua....

salam


Send this eCard !

yeh!yeh!yeh!....lagi kad raya...ada muzik tau...

salam...
best betul hari ni...dapat kad raya dari Ami...
ada muzik latar belakang..irama padang pasir lagi..
seronok sakan aku..
nak share ngan u all sebahagian slide show pada kad raya tu...




Wah!!!..tahniah Mi...(doktor Ami)
walaupun sibuk..kau masih ada masa utk sahabat afkl...
aku suke sesangat tau..
(ingatkan dah tak dapat kad raya lagi......sebab kat group tu...dah mula sepi...)

Sabtu, 27 September 2008

Jom Balik Kampung!!!!!....raya..raya..raya...

"SELAMAT HARI RAYA....
MAAF ZAHIR & BATIN...
HALALKAN SEGALANYA YO..."
Sebut pasal raya ni...memang tak best kalau tak sebut..balik kampung. I pun nak balik kampung gak.. he.he.he..
Kampung I tu...kek N.9
Bilo dah sampai....
Wording pertama yg akan terkeluar ialah..
den: Assalamualaikum....
Mak!..ooo Mak!...
Alang dah balik ni...
omak: tongah malam yo..kau ni sampai..
tak boghubah-ghubah kau ni..
he.he.he..
jgn jeles...den balik kg gak..
dapek makan lomang ngan gondang mak...yg terbest..kek dunio ni..
Sesiapa yg kek perantauan tu...saba yo...esok luso..pasti u all balik kampung gak...
wassalam...& tata..

Jumaat, 26 September 2008

Raya...raya...raya....

Salam...
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SEMUA......."
Mood raya makin bertambah day by day....
So...nak tayang kat raya...utk tahun ni..

yg kat bawah ni...kad raya dari adikku yg stay kat JB. TQ le kak Tam & Edie serta Nurul, Ridauddin & Najwan

Yang ni lak...kad raya dari Pengerusi Alumni Asrama Felda Semai Bakti; Abg Malek

Last but not least......adalah sahabat, adik-adik, & anak-anak Nubies Club yg dikasihi; yang selalu menemaniku di waktu aku memerlukan teman utk bicara. Terima kasih Nubies..sebab menceriakan hari raya ibu tahun ni....

Kad raya info, from left; kad dari Iras (Kelantan), AJYM & Narnia (Kuala Lumpur), Zamani84 (Serawak), Mamazaid (N. Sembilan), Aishah_kz (Ecah) (N. Sembilan). At Centre...kad dari LadyM (Kuala Lumpur).

Actually...ibu dapat kad raya dari Ucu manja (nubie)...tapi...entah mana le ibu save ni...adoiiiai.

Khamis, 4 September 2008

Nurseri Angkasa Kecil


Nurseri Angkasa kecil..milik tiga org gadis melayu yg cuba membantu mesyarakat setempat di area Saujana Putra..berhampiran Putra Jaya & Cyber Jaya. Atas usaha gigih mereka ni.. saya sebagai di antara saudara tua..ingin merakamkan pemandangan di nurseri tersebut..sebagai tanda sokongan seorang kakak pada adik perempuannye..yg ingin memulakan tapak mencari rezeki dengan cara berbeza.

Rabu, 3 September 2008

Gathering ke-3 afkl-spm84 female (30 Ogos 2008)

Firstly, aku bersyukur sesangat..dapat ketemu ngan kawan-kawan yang 24 tahun tak jumpa. Ami, Ally, Yus, Dick, & Ana MS. Kali ni kami berkumpul di Segamat. Kehadiran seramai 6 keluarga tu, termasuk tuan rumah...masih ceria. Bilangan yang sedikit ni..menjadikan gathering kali ke-3 ini lebih tenang, & santai. Tak de le hiruk pikuk seperti yang berlaku pada first & second gahthering dulu yang happened kat Kota Damansara & Bandar Baru Bangi. Ini le wajah-wajah yang telah matang, yang telah melalui berbagai liku kehidupan..

Di sebelah kiri ni...adalah wajah-wajah suami yang mengiringi kehadiran isteri-isteri mereka ke gathering ke-3 ini. Terima kasih le wahai tuan-tuan semua...membenarkan serta mengiringi kami untuk bertemu setelah hampir 24 tahun tak jumpa. Moga kehidupan tuan-tuan diberkati Allah di dunia & akhirat...amin.
Oleh kerana begitu excited..kerana dapat bertemu, akhirnya...aku terlupa nak ambil gambar makanan yang disajikan.
Di sebelah kanan ini pula..adalah gambar ole-ole yang diberikan oleh tuan rumah (Ana MS- sebagai bekalan & tanda hati..yang kami telah menghadirkan diri ke rumah beliau. Air mineral dan kurma itu adalah sebahagian daripada makanan yang dibekalkan kepada kami untuk dibawa pulang.
Terima kasih pada Ana MS & suami serta anak-anak mereka.
Moga jumpa lagi di gathering ke-4 ...yang entah bila & di mana....
(gambar second generation..tak dapat ditunjukkan..mereka terlalu lincah untuk dikumpulkan bersama..he.he.he...)
Salam & daa.....

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.