Isnin, 25 Mei 2009

Another program AAFM di JOHOR

ATURCARA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KE 2 AAFM

JUMAAT 5HB JUN 2009
LOKASI: SEK. MEN. AGAMA BANDAR TENGGARA

• 4.00 – 6.00 pm : Pendaftaran Pelajar-pelajar
• 6.00 - 7.00 pm : Makan Malam
• 7.00 – 8.30 pm : Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Bdr Tenggara dan
diikuti tazkirah pendek oleh Ustaz Abdullah serta solat Isya’.
• 8.30 - 9.30 pm : Ceramah 1 oleh En Faruk Muhammad, UTM
“ Kepentingan Pencapaian Diri, Falsafah dan Hala Tuju
Kehidupan” di Masjid.
• 9.30 – 10.30pm : Bengkel 1 “Mengenali diri dan Kumpulan” di Asrama
• 10.30 pm : Minum Malam/Rehat
SABTU 6HB JUN 2009
LOKASI : DEWAN ORG RAMAI SK FELDA PENGGELI TIMUR
• 6.00 – 7.15 am : Solat Subuh dan Kuliah Subuh oleh Ustaz Amer
• 8.00 – 9.00 am : Pelajar berkumpul di Dewan Felda Penggeli Timur
• 9.00 – 10.00am : Majlis Perasmian oleh Yg Bhg Tan Sri Mohd Yusof Noor
• 10.00 - 10.30am: Minum/Pelajar bergerak ke Sek Men Bdr Tenggara 1
LOKASI 1 : DEWAN SEK MEN BDR TENGGARA (1) LOKASI 2 (BERBAGAI) DI FELDA PENGGELI TIMUR
• 10.30 – 11.30 am : Ceramah 2
“Strategi dan Teknik Persediaan
Akhir oleh Dr Zolkifli Hamid”
• 11.30 – 12.30 pm : Ceramah 3
“ Keperluan untuk Melanjutkan
Pelajaran oleh Pn Norzaidahwati
• 1.00 – 2.00 pm : Makan
Tengahari/Solat Zohor
• 2.00 – 3.00 pm : Bengkel 2
“ Analisis Kendiri dan Masa Itu
Emas” oleh AAFM
• 3.00 – 4.30 pm : Bengkel 3
“Perkongsian dan penyelesaian
Masalah” oleh AAFM
• 4.30 – 5.00 pm : Minum Petang
• 5.00 – 5.30 pm : Solat Asar dan
Pelajar kembali ke Sek Arab.







• 10.30 – 12.30 pm : Motivasi Ibu
Bapa oleh Dato’ Ahmad Faiz
Hamid, TNC UUM (Penaung
AAFM) di Dewan Org Ramai
SK Penggeli Timur
• 10.30 – 12.30 pm : Motivasi utk
UPSR oleh Tn Hj Ahmad Omar
AAFM di SK Penggeli Timur
• 12.30 – 2.00 pm : Makan
Tengahari/Solat Zohor
• 2.00 – 4.00 pm : Ceramah
Kesihatan Wanita “ Kesan Barah
Awal (KEBAL)” oleh Dr Mohd
Ismail Ali dari AAFM di Bilik
JKKK Penggeli Timur.


 Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada masyarakat akan berlangsung sepanjang hari oleh Pasukan Perubatan dari Hospital Pakar Johor (JSH) di Bilik JKKK
• Gotong Royong bersama penduduk mengikut kesesuaian waktu ditetapkan oleh pihak Felda.
• Solat Maghrib diikuti Tazkirah bersama penduduk di Masjid Felda Penggeli Timur oleh Ustaz Abdullah (Felda)
• Di SEK MEN AGAMA BANDAR TENGGARA:

 6.00 – 7.00 pm : Makan Malam
 7.00 – 8.30 pm : Solat Maghrib berjemaah, Tazkirah dan Solat Isya’
Berjemaah oleh Imam Masjid Bdr Tenggara.
 9.00 – 10.30pm: Akurjanji Pelajar di Masjid Bandar Tenggara
 10.30-11.00pm : Minum Malam/Rehat
 4.00 – 6.00 am : Qiamullail bersama Ustaz Long Kechik dan Solat
Subuh berjemaah di Masjid Bdr Tenggara.
 6.30 – 7.30 am : Sarapan Pagi/Pelajar ke Sek Men Bdr Tenggara 1
AHAD (7HB JUN 2009)
LOKASI : SEK MEN BDR TENGGARA (1)
DEWAN SEKOLAH BILIK MESYUARAT

• 8.30 – 10.00 am : Motivasi Perdana oleh Dato’ Ahmad Faiz Hamid, TNC UUM
• 10.15 – 11.45 am: Berkongsi Pengalaman Kerjaya oleh AAFM.
• 12.00 – 1.00 pm : Majlis Penutupan Program oleh Timb. Peng. Besar (Pembangunan Komuniti).
• 1.00 – 2.00 pm : Makan Tengahari dan Solat Zohor.
• 2.15 – 3.15 pm : Ceramah Peluang Kerjaya oleh IKM, UTM.
• 3.15 – 4.30 pm : Lawatan ke tapak pameran untuk pelajar.
• 4.30 – 5.00 pm : Solat Asar
• 5.00 – 6.00 pm : Pelajar kembali ke Asrama.
• 6.00 pm : Bersurai

• Pameran Peluang Pelajaran dan Kerjaya oleh IKM, UTM dll akan berlangsung secara berterusan.

• 8.30 – 11.30 am : Sesi Perbincangan dengan Ketua-ketua Masyarakat, dipengerusikan oleh Dato’ Ir Jamlus Aziz/Dr Mohd Ismail Ali (AAFM).
• 11.30 am : Bersurai untuk Majlis Penutupan Program.

Rabu, 6 Mei 2009

Untuk Anak-anak Peneroka FELDA



(credit to ambilpeduli blogspot)
Hebahan untuk anak-anak peneroka kat Jengka dan kawasan sekitarnya

Program: Program Susulan Khidmat Masyarakat Jengka
Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu) - 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang
Sasaran : Pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 5 dari sekitar Wilayah Jengka dan anak-anak ahli yang berminat

Pengisian Program:
Program ini adalah program susulan kepada Program Khidmat Masyarakat Wilayah Jengka yang telah diadakan bulan Disember 2008 yang lepas. Program satu hari khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 ini akan diadakan oleh AAFM dan dengan kerjasama UiTM Jengka dan akan memberi tumpuan khusus kepada motivasi dan persediaan menghadapai peperiksaan.

Kami semua AJK AAFM ingin menjemput semua ahli AAFM dan bekas pelajar-pelajar Asrama Felda / Asrama Semai Bakti dari seluruh Malaysia untuk hadir memberikan sokongan kepada program AAFM ini. Kami amat menghargai kehadiran anda semua dan diminta panjangkan jemputan kepada semua yang lain.

Ahli-ahli adalah juga digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka mengikuti program motivasi dan persediaan menghadapi peperiksaan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka mengikuti program ini bolehlah membuat pendaftaran secepat mungkin sebelum 2hb. Mei 2009 untuk kami membuat persediaan sewajarnya . Sila hantarkan butir-butir yang diperlukan seperti berikut:

* Nama Ahli:
* No. Telefon:
* Nama Anak:
* Tingkatan:

Sila hantarkan butir-butir di atas kepada:
Kamal Arifin di email : kay_doc83@yahoo.com atau H/P @ 012 987 9015
dan Aminah di email : amihashim67@yahoo.com atau H/P @ 019 260 0247

Nota : AAFM - Alumni Asrama FELDA Malaysia

Selasa, 5 Mei 2009

Award dari Inna Sidon. Thanks...



Salam Pn Inna. Thanks ye. Dapek gak den award.
Nak dapek award pekerje cemerlang....susah bona. Dapek award dari kau ni...udah amat mengembirakan aku.

SOLAT selepas TIDO...


(dari email kak Maznah Mohamad)
Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya. .. Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:

1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana


Empat ketika di akhirat:

1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Diringankan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan


Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

Sumber : KOLEKSI ANIS, Ustazah Siti Bahyah Mahamod di GaleriIlmu

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.