Khamis, 21 Januari 2010

Lintasan perasaan



huh!!! aku mendengus lagi.
Nape ngan diriku ini?
bertahun berlalu...aku masih dapat rasakan ade sesuatu antara kita. Sesuatu...yg sukar diungkap dengan kata-kata mau pun lukisan.

Andai ade rindu utk ku, semadikan ia dengan doa kebahagiaan ku sekeluarga di dunia & di akhirat.
Andai ade sayang utk ku, semadikan ia dengan doa ketenangan jiwa ku sekeluarga di dunia & akhirat.
Andai ade cinta utk ku, semadikan ia jua dengan doa keselamatan ku sekeluarga di dunia & di akhirat.

Oleh itu,
Jangan le tega kau merindui aku... sedang aku sendiri cuba sejauh mungkin lari dari ingatanmu...
Jangan le tega menyayangiku...sedang aku sendiri cuba sebaik mungkin menyayangi suamiku.
Jangan le tega kau mencintai aku....sedang aku sendiri cuba membina cinta untuk Allah Yang Maha Agong & suamiku yang budiman.

Jadi, apakah hakmu untuk menggangu ku dengan rindu, sayang & cintamu...
Huh!!!! aku semakin berdengus keras..

Jangan le cuba merompak kegembiraan ku sedang aku sendiri bertungkus lumus membina mahligai kegembiraanku, keselamatanku, & kebahagianku dengan kalimah "Bismillahirrahmannirahhim".

Janganlah!!!!
Janganlah!!!!
janganlah!!!!

Yang pasti...
aku... tenang, damai, bahagia & gembira berada di sini.

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.