Memaparkan catatan dengan label chicken soup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chicken soup. Papar semua catatan

Jumaat, 21 November 2008

Simple Chicken Soup...

Salam & Hello.
Hari ni..masakan utk lunch time..simple je. Letrik tak ade. Masak dalam gelap. Rumah teres...kiri kanan tak ade tingkap. Harap tingkap kat belakang..satu tu je. Mana nak cukup cahaya. Akhirnye..ikan bilis ku hangus sedikit. Dan rasa malas pun menebal. Cancell masak sayur. Harapkan ulam timun (tiada ditepek) ngan petai je. Timun..macam biasa cecah ngan sos cili.

Simple Chicken soup...dalam periuk ni.

Ikan bilis..ntah gred ape (keras semacam je)...digoreng bersama lada merah + lada hitam.
Hangus sikit tu...heh.heh.heh..

Petai yg telah dikupas & dibelah. Precaution..takut kalau ada ulat dalam petai tu..

Utk breakfast:
Cokodok ikan bilis. Ado yg dah kono gunting...memudahkan anak-anak yg kecil utk makan.

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.