Memaparkan catatan dengan label lauk 20 Nov. 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lauk 20 Nov. 2008. Papar semua catatan

Khamis, 20 November 2008

Jeng..jeng..jeng....lauk pauk lagi..jgnn mareee

Salam & Hello...
Aktiviti yg aku suke masa cuti sekolah. Masak..memasak le....
Hari ni..banyak le pulak. Salah satu sebab...ada anak saudara yg datang..stay kat umah..masa cuti sekolah ni..

Menu utama hari ini. Ayam masak kicap guna lada hitam (chicken black pepper)

Masak lemak putih sayur sawi.
(hehehe...kali ni..aku kedekut santan le pulak. chayor je tuu.....
Tapi, masih manis & sodap je sayur tu...)

Sambal tempoyak. Suami ku suke sesangat tempoyak. Nak buek camno. Tempoyak...tempoyak...tempoyak...heh.heh.heh.

Ikan bakar disalut daun pisang. Yang ini..suami beli kat kedai.
Mesti dia bimbang aku tak sempat masak. Sebab last night aku sendirian drive & travel ngan anak-anak ke Sg Buloh & patah balik ke KK. Memang penat pun. Dapat rest 2 jam je kat umah adik Sg Buloh & patah balik.. PONEK BOTO....


Untuk dicecah ngan ikan. (yg ni pun boli. satu package ngan ikan bakar)

Ulam: kacang botol, ulam raja

Ayam goreng kunyit...khas utk anak-anak yg tak tahan pedas.

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.