Khamis, 8 Januari 2009

Doa kita buat saudara kita di Palestin

Gambar hasil dari kekejaman Israel....

(diambil dari blog abang tuah... TQ)


Sahabat sekelian, saya disms maklumat berikut, iaitu meminta seluruh muslim melafazkan ayat-ayat berikut Al-Fath ayat 26 dan 27 serta Surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 malam ini sebagai doa meminta pertolongan Allah menghancurkan Yahudi dan kekejaman mereka. terjemahannya diturunkan dibawah ini.
Wassalam, semoga usaha kita diterima Allah.

26. (ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

27. Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya) .

85. lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah Kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum Yang zalim ganas.

86. " dan selamatkanlah Kami Dengan rahmatMu dari angkara kaum Yang kafir".


87. dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan Jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)".


88. dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.

Isnin, 5 Januari 2009

Kalender NUBHAN

Salam...& Hello....
Nak kalender NUBHAN..



Sila visit kat http://nubhanfc.forumotion.com/
Cari di sana ye....
Ibu nak tayang yg Januari punyo.. bulan-bulan yang lain...sila download kat http://nubhanfc.forumotion.com/

Photobucket





TERIMA KASIH

Selasa, 30 Disember 2008

Sesi Persekolahan 2009 bermula

Salam & hello..
Hari ni dah mula meeting guru kali pertama. Esok ada meeting lagi. Tahun ni, kono ngajar Kimia (as usual), Add Maths, Modern Maths, Science, Sivik (5 subjek tu...) Kalau ada perubahan yang lebih baik...alangkah bahagia nye hati ku ni. Apa pun, cam biasa...segalanya ku terima seadanya. Kalau ianya ditakdirkan begitu..utk ku, akan ku usahakan sebaik mungkin.

Ini le buku takwim sekolah & buku rekod mengajar.

Isnin, 29 Disember 2008

Messages ucapan Tahun Baru dari sahabat-sahabatku

Salam & Hello...
Ibu nak rakamkan ucapah Tahun Baru kat sini. Ketika nak masuk umo 42 years ni...terlalu syahdu dirasakan, apabila dapat messages sebegini.


1.From Alimah (ex-AFKL, Johor) N Enomail (sibling)
" Semoga Allah jadikan Subuhmu Cahaya, Zohormu Gembira, Asarmu Bahagia, Maghribmu Keampunan, Isyakmu Keberkatan, dan doamu diterima, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan. SELAMAT TAHUN BARU 1430H."

2.From Hj Abdul & Zaida (ex-AFKL, Johor)
" Salam maal hijrah. Semoga diberi keampunan dari segala dosa, bertambah keimanan dan diluaskan rezeki, dilorongkan kejayaan, dianugerahkan kebahagiaan & kesihatan..ameen. "

3. From Noreha Mat Isa (ex-afkl, Pahang)

"Assalamualaikum. Selamat menyambut ma'al hijrah 1430. Semoga tahun ini seluruh umat Islam akan lebih gemilang, cemerlang, N terbilang. Amin."

4. From Yus dan Abdul Samad (ex-afkl, Johor)

" Ibn Mas'ud berkata"Perkara yg paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tetapi amalanku tidak bertambah..." Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Salam MAAL HIJRAH

5. From Ami, Nan, Alia Maisara N Nurul Ain Lily (ex-afkl, Selangor)
"Selamat menyambut Maal Hijrah, Semoga perjalanan hidup kita lebih dipermudahkan dan diberkati.."

Jumaat, 26 Disember 2008

Selamat Hari jadi...Qistina

Selamat Hari jadi Qistina....
"Ibu dan ayah doakan...moga Qistina menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, bijak pandai, bahagia kehidupanmu di dunia dan di akhirat. Amin...."
Oleh kerana...ibu masih tak cekap buat kek, maka terima seadanye kek yg ibu beli ni...he.he.he...(Entah bila nak cekap...tak tahu lah lagi....)

Ini Kek Qistina..sempena ulang tahun kelahiran nye yg ke-6 tahun.


Kek dari pandangan sisi....nyummy...


Qistina and her birthday cake.

Isnin, 22 Disember 2008

Minggu ni....Merimaskan...

Salam...& hello there..
Minggu ni..rasa malas je. Ada le attend umah saudara mara & sahabat andai..gi umah kenduri kahwin dan sebagainya. Tapi, rasa boring yg amat sangat tu...tak gak hilang-hilang.
Bila gi kenduri kahwin, tertinggal lak digital camera. Tak dapek le ambil gambar pengantin dan barang hantaran yg comel-comel tu. Entahlah....Kalau mood tak bagus ni, semua jadi lintang pukang.
Sekolah tak lama lagi...akan dibuka semula. Of course, waktu-waktu begini, masa aku habiskan ngan membeli baju sekolah anak-anak, menyedaikan duit yuran anak-anak, gi sekolah anak..utk dgr taklimat dari guru besar ttg hala tuju sekolah berkenaan.
Dalam masa yg sama, pastikan business DCL berjalan lancar.
Talking about DCL, aku kena kemaskan PV downlines utk bulan Disember (dah urus dah...).
bab ni...kena jujur...otherwise...tak selesa perjalanan hidupku nanti. Lagi pun, kalau aku tak kemaskan, mesti hidup ku tak tenteram...
Yelah...baru lega hati ku ini...lepas menulis coretan ini. Hahahaha...memang aku tak boleh hidup tanpa membaca, menulis & berfikir.
Ok le...tata & salam...

Selasa, 16 Disember 2008

PERKAHWINAN....

Bunga Pahar 1...

Bunga Pahar 2...

Hidangan pengantin 1....

hidangan pengantin 2...

Hahahaha....teringin bersanding kembali. Tumpang pelamin sepupu le gamaknye...
jgn mareeee....
(sian kat suami...isteri punya permintaan...dia duk gak sebelah ibu tu....[THANKS EN. MIZI])

Isnin, 15 Disember 2008

Message yg ku dapat....

"seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah,dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun,ini tanda kiamat,dunia ini hampir dekat,sebarkan berita ini ke 10 orang,insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezki besar,kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti,ini amanah,jangan diremehkan.kabar ini dtg dari tengku hasbi aminwakil m.p.u aceh barat,kejadian ini nyata. demi Allah"..

Pada pendapat ibu,
Benar atau tidak...bukan persoalan nye.

Yang pasti, KIAMAT itu tetap akan hadir.
HIDUP & MATI itu jua benar...
Kerna "42 tahun yg lalu...ibu masih belum bernyawa & bergelar manusia..."

DOSA & PAHALA itu pun benar..
SYURGA & NERAKA itu pun benar....

..........................
...........................

Ahad, 14 Disember 2008

McDonald Teluk Intan yg BARU...

Jom poi McDonald yg baru kat Teluk Intan. Sebelah nye tu GIANT yg sedang dalam pembinaan. Pandai betul kontraktor ni. Buka kedai makan dulu...
(Bertempat...kat tepi jalan..on the way ke Bidor,Kg.Gajah, Parit dll..)

Ini le sebahagian hidangan yg telah dibeli...
Apa lagi!..jom makan. yummy..yummy..yummy....

"Suke le bu..."kata Nabil

"Best!...best!...nanti datang lagi ye ibu, ayah..."...kata Qistina & Farhanah.

"Cik Abang, makan tak tunggu kawan yeee...tak aci ni..heh.heh.heh..."

"Sedap lah ibu!!!..."kata Irdina.

Yolah!...sodap gak makan kat sini...(ibu pun nak join gak...)

Ini Gambar selepas kenyang menikmati gentang goreng & Milo Ais. Burger tu...bawa balik umah...Dah konyang punya pasal..

Sabtu, 13 Disember 2008

ROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AAFM BERSAMA ADUN KUALA KRAU, YB WAN SALMAN


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AAFM BERSAMA ADUN KUALA KRAU, YB WAN SALMAN:

LOKASI 1 : SEK MEN KEBANGSAAN JENGKA PUSAT, BDR PUSAT

JENGKA.

TARIKH : 20HB DISEMBER – 21HB DISEMBER 2008.

20hb Disember 2008

Waktu

Program

8.00 am – 8.30 am

8.30 am – 9.30 am

9.30 am – 10. 00 am

10.00 am – 10.30 am

11.00 am – 11.30 am

11.30 am – 1.00 pm

1.00 pm – 2.00 pm

2.00 pm – 4.00 pm

4.00 pm – 5.00 pm

5.00 pm – 6.00 pm

6.00 pm – 7.00 pm

7.00 pm – 8.30 pm

9.00 pm – 10.30 pm

10.30 pm – 11.00 pm

11.00 pm – suboh

þ Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Jengka 15 untuk Majlis Perasmian Program oleh YB

þ Majlis Perasmian

þ Minum pagi/Pelajar bergerak ke SMKJP

þ Pendaftaran pelajar di SMKJP

þ Sesi ‘icebreaking’ oleh UiTM

þ Forum Ranjau Sepanjang Jalan dan Ceramah Kerjaya oleh AAFM

þ Makan tengahari/Zohor

þ Ceramah Peluang Latihan dan Kerjaya oleh IKM

þ Minum petang/rehat

þ Sukan/Sukaneka

þ Makan malam/rehat

þ Maghrib berjemaah diikuti Tazkirah antara Maghrib dan Isya oleh Ustaz Long Kechik (AAFM)

þ Ceramah Motivasi Perdana oleh Dato’ Faiz

þ Minum malam

þ Qiamullail bersama Ustaz Long Kechik

Pameran yang akan berlangsung sepanjang hari:

Ø Pameran Peluang Pendidikan oleh UiTM

Ø Pameran Peluang Kerjaya oleh IKM

Ø Pameran Anti dadah oleh AADK/PDRM

21hb Disember 2008

Waktu

Program

6.00 am – 7.00 am

7.00 am – 8.00 am

8.30 am – 11.00 am

9.00 am – 11.00 am

8.30 am – 11.00 am

11.30 am – 1.00 pm

1.00 pm – 2.00 pm

þ Kuliah Suboh oleh UiTM

þ Sarapan pagi

þ Seminar Menghadapi Peperiksaan oleh AAFM di Dewan SMKJP

þ Pertemuan dengan wakil masyarakat bersama Pengurus Besar Wilayah di Bilik Gerakan SMKJP

þ Sukan/sukaneka melibatkan belia di padang letak kereta SMKJP

þ Penggulungan Program oleh Presiden AAFM

Majlis Penutupan Program oleh Pengerusi Felda

þ Makan tengahari/Bersurai.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AAFM BERSAMA ADUN KUALA KRAU, YB WAN SALMAN.

LOKASI 2 : DEWAN SEMARAK FELDA JENGKA 15

TARIKH : 20HB DISEMBER 2008

WAKTU

PROGRAM

8.00 am – 9.00 am

9.00 am – 10.00 am

10.00 am – 10.30 am

10.30 am – 12.30 pm

12.30 pm – 2.00 pm

2.00 pm – 3.00 pm

3.00 pm – 5.00 pm

5.00 pm – 5.30 pm

8.30 pm – 10.00 pm

þ Ketibaan peserta program

þ Majlis Perasmian oleh YB Wan Salman

þ Minum pagi

þ Forum Pembangunan Masyarakat Berjaya oleh Dato’ Faiz

þ Makan tengahari/Kenduri Masyarakat

þ Ceramah Pengangguran dan cara mengatasinya oleh Dato’ Faiz

þ Ceramah Penyalahgunaan Dadah dan Rehabilitasi oleh Pengasih Malaysia

þ Minum petang/bersurai

þ Ceramah Ugama oleh Penceramah UiTM di Masjid Jengka 15

Pameran dan Program yang berlangsung sepanjang hari

Ø Program Berkhatan untuk 40 kanak-kanak di Dewan JKK Felda Jengka 15.

Ø Pameran oleh Felda

Ø Pameran oleh Pengasih Malaysia

Ø Pemeriksaan kesihatan percuma kepada peneroka/ibubapa.




(credit to Alumni asrama felda
http://alumniasramafelda.blogspot.com)
MAAF ye...Malas nak edit jadual yg dicopy paste kat atas...heh.heh.heh...

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.