Selasa, 27 Januari 2009

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti Tahun Baru Cina kali ni...memang best. Aku cuti selama 9 hari including 2 hari sabtu dan 2 hari Ahad.

(DAY1)On first saturday tu...ada kelas tuisyen kimia. So, sesi pagi habis di sekolah je.

(DAY2)On first sunday..aku gi Teluk Intan umah kakak-kakak ipar. Sempat lagi jual 3 helai baju kurung ala Pahang. Aku hanya ambil untung RM4.00 je. Ahli keluarga....aku pasti tak leh niaga punye...hehehe..

(DAY3)On Monday (yesterday)...aku gi Zoo Taiping bersama suami dan anak-anak. Adik lelaki & his family members pun ikut. BEST gak.
Ini ada beberapa gambar nak share ngan u all...betapa aku dapat released my stress..
wakakaka...


Cuba komen gambar (a) dengan gambar (b). Agak-agak...ada ikatan kekeluargaan ke tidak?
Gambar (a)


Gambar (b)


Bila ternampak ikan-ikan yang berenang-renang seperti gambar di bawah....hatiku jadi begitu tenang. Alahai..ikan-ikan..terima kasih bebanyak ye...stressku sepanjang 3 minggu mengajar hilang...


Hahaha...Nak swing macam gambar (c) tu...dah tak mampu. Asal dapat buat macam gambar (d)..kira dah berbaloi..aku gi Zoo kali ni. (Teringat masa kecik..selalu panjat pokok..bila waktu rehat di kebun 12 ekar tu...before angkat susu cair. Coz..awal morning angkek lantun (sikrap) dulu.. huhuhuhu...nostalgia...)

Gambar (c)


Gambar (d)


Lastly, nak show gambar burung hantu putih yang kiut miut ni...dua sejoli yang begitu asyik dengan persaan masing-masing...


(DAY4)Aku habis masa waktu pagi bersama students Form 5; aliran Sains..ngajor kimia le. Rajin deme ni. Moga semua dapat A1 hendaknye...


(DAY5)..Esok...aku ada plan something gak...tapi...tunggu je aku update ye...
Hahaha...nak cerita pasal day 5 ni. Konon nye nak masak sendiri for lunch. Nak tahu apa jadi... Early in the morning...aku kemaskan area pokok bunga kat depan umah; potong dahan pokok yg tumbuh tak tentu hala tu, cabut rumput yg melata sesuke hati deme, kutip plastik & sampah sarap yg dibuang oleh individu yg tak bertanggung jawab yg lalu kat situ. Ontah lah deme tu. Macam kurang sivik minded je.
Dapat le 3 bungkus platik sampah...hahahaha..
Sebab terlalu kepenatan...akhirnya, aku tak jadi masak tgh. Ptg sikit..gi ambil anak-anak balik dari sekolah. Dan selepas tu...ambil peluang tido....

(DAY6). Pepagi lagi dah hantar anak-anak ke sekolah. Sempat gi bayar yuran bulan Januari utk Husna Irdina. Lopeh tu..tolobih gebang ngan ustazah dia...Sampai jam 9.00 pagi. When reached pagar umah, teserempak ngan jiran..gebang lagi (almaklum susah sgt nak gebang each other. Dia pun tgh buat master gak)..sampai pukul 10.05 minit. Nampak gayo ehh...morning session dah jadi sembang session. Ni..kono copek nulih ni..nak prepare for lunch le. Malu ngan suami...semalam dah le masak koboi je. Hari ni..berangan nak buat kerabu bunga kantan, goreng ikan kembung (yg aku beli di pasar pagi tadi..on the way back hantar anak ke sekolah...)& buat sambal tempoyak. Agak-agak best tak menu utk lunch today. Kalau menjadi nanti...I'll try tepek kat sini. Tunggu......

(DAY7)
.....

Ahad, 11 Januari 2009

Sembahyang Sunat...

Salam & hello...
Jap lagi..nak tulis solat-solat sunat yang wajar kite lakukan selalu...agar kite leh hidup ngan lebih baik kat dunia yg fana ni.
Sila rujuk:
(i) http://syafrizal.hadithuna.com/qiyamullail-ibadat-sepanjang-malam/
(ii) http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/niat.html
(iii)http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-
penjernihan-jiwa/
(iv)http://permai1.tripod.com/dhuha.html
(v) http://alivewire.wordpress.com/2007/06/20/sembahyang-hajat-3/

(1) Sunat taubat
Boleh dilakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat diberi salam. Rakaat sebenarnya tidak terbatas.
Lafaz niat:"Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala."

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Rakaat 1: al-fatihah, ayatul-kursi (11kali)
Rakaat 2: al-fatihah, qul-huAllah hu ahad (11 kali)

Di dalam sujud akhir dibaca:

Ertinya: Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
* Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

*dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

*Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

___________________________________________________________


(2) Sunat Duha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

____________________________________________________

(3) Sunat hajat
Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;

1. Lafaz Niat:

"Usalli sunnatal Hajati rak'ataini lillahi ta'ala."
Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Takbiratul Ihram beserta niat.

3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.

4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;

Ertinya :
Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.

__________________________________________________________________

(4) Sunat tahajud
Niat solat tahajud:

"Usalli sunnatal Tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala."
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan selepas pukul 12.00 malam, sebaik-baiknya terjaga dari tidur, rakaat yang sebenar tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah makbul do'a, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan,murah rezeki, dihormati masyarakat, tiada sampai khianat manusia serta mendapat kelebihan dari Allah dengan syarat diamalkan tiap-tiap malam InsyaAllah.

Dibaca pada sujud akhir:

Maksudnya:
Ya Allah, masukkanlah aku dengan kebenaran dan kleluarkanlah aku dengan kebenaran
dan kurniakan aku kekuasaan yang dapat menolong.

Doa selepas salam:

Maksudnya:
Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta dengan segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMu lah segala puji, pemancar
cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Engkau yang hak dan janjiMu adalah benar, dan
perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah
benar dan nabi-nabi adalah benar, dan Nabi Mohd saw adalah benar, dan hari Kiamat adalah
benar. Ya Allah kepadaMu lah kami berserah diri dan denganMu aku beriman, kepada Engkaulah
aku bertawakkal. Kepada Mu tempat kembali dan kepadaMu jua kami rindu dan kepadaMu jualah
kami berhukum. Ampunilah kami di atas segala kesalahan yang
kami lakukan, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Yang terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau.

-----------------The End----------------------------------------

Jumaat, 9 Januari 2009

Bapa NUBHAN AF6.. meninggal dunia

Salam Takziah pada NUBHAN & KELUARGA.
Sesungguhnya...setaip yang hidup pasti akan mati. Hanya masa yg akan menentukan nya.



Nubh... nampak begitu sedih kelihatan. Harap Nubh & keluarga redha ngan pemergian arwah. Bersabarlah...
Setiap yang pergi...akan meninggalkan semua yang dimiliki di dunia ini..dan terputus segala urusan duniawi...kecuali 3 perkara.
(i) Anak yang soleh yang berdoa utk ibu dan bapanya
(ii) sedekah jariah...
(iii) ilmu yang dimanfaatkan.

Moga..jadi renungan utk diri ibu dan semua...

Tetiba... teringat kat Abah & mak... kat N9. Rasa...macam nak balik kampung je kekejap ni. Apakan daya, anakanda tinggal jauh..di Kuala Kangsar ni. Insa'Allah...kalau ada kelapangan, anakanda sekeluarga akan pulang nanti....waaaaaaaa..

Khamis, 8 Januari 2009

Doa kita buat saudara kita di Palestin

Gambar hasil dari kekejaman Israel....

(diambil dari blog abang tuah... TQ)


Sahabat sekelian, saya disms maklumat berikut, iaitu meminta seluruh muslim melafazkan ayat-ayat berikut Al-Fath ayat 26 dan 27 serta Surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 malam ini sebagai doa meminta pertolongan Allah menghancurkan Yahudi dan kekejaman mereka. terjemahannya diturunkan dibawah ini.
Wassalam, semoga usaha kita diterima Allah.

26. (ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

27. Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya) .

85. lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah Kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan Kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum Yang zalim ganas.

86. " dan selamatkanlah Kami Dengan rahmatMu dari angkara kaum Yang kafir".


87. dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan Jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)".


88. dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.

Isnin, 5 Januari 2009

Kalender NUBHAN

Salam...& Hello....
Nak kalender NUBHAN..



Sila visit kat http://nubhanfc.forumotion.com/
Cari di sana ye....
Ibu nak tayang yg Januari punyo.. bulan-bulan yang lain...sila download kat http://nubhanfc.forumotion.com/

Photobucket





TERIMA KASIH

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.