Selasa, 30 Disember 2008

Sesi Persekolahan 2009 bermula

Salam & hello..
Hari ni dah mula meeting guru kali pertama. Esok ada meeting lagi. Tahun ni, kono ngajar Kimia (as usual), Add Maths, Modern Maths, Science, Sivik (5 subjek tu...) Kalau ada perubahan yang lebih baik...alangkah bahagia nye hati ku ni. Apa pun, cam biasa...segalanya ku terima seadanya. Kalau ianya ditakdirkan begitu..utk ku, akan ku usahakan sebaik mungkin.

Ini le buku takwim sekolah & buku rekod mengajar.

Isnin, 29 Disember 2008

Messages ucapan Tahun Baru dari sahabat-sahabatku

Salam & Hello...
Ibu nak rakamkan ucapah Tahun Baru kat sini. Ketika nak masuk umo 42 years ni...terlalu syahdu dirasakan, apabila dapat messages sebegini.


1.From Alimah (ex-AFKL, Johor) N Enomail (sibling)
" Semoga Allah jadikan Subuhmu Cahaya, Zohormu Gembira, Asarmu Bahagia, Maghribmu Keampunan, Isyakmu Keberkatan, dan doamu diterima, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan. SELAMAT TAHUN BARU 1430H."

2.From Hj Abdul & Zaida (ex-AFKL, Johor)
" Salam maal hijrah. Semoga diberi keampunan dari segala dosa, bertambah keimanan dan diluaskan rezeki, dilorongkan kejayaan, dianugerahkan kebahagiaan & kesihatan..ameen. "

3. From Noreha Mat Isa (ex-afkl, Pahang)

"Assalamualaikum. Selamat menyambut ma'al hijrah 1430. Semoga tahun ini seluruh umat Islam akan lebih gemilang, cemerlang, N terbilang. Amin."

4. From Yus dan Abdul Samad (ex-afkl, Johor)

" Ibn Mas'ud berkata"Perkara yg paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tetapi amalanku tidak bertambah..." Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Salam MAAL HIJRAH

5. From Ami, Nan, Alia Maisara N Nurul Ain Lily (ex-afkl, Selangor)
"Selamat menyambut Maal Hijrah, Semoga perjalanan hidup kita lebih dipermudahkan dan diberkati.."

Jumaat, 26 Disember 2008

Selamat Hari jadi...Qistina

Selamat Hari jadi Qistina....
"Ibu dan ayah doakan...moga Qistina menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, bijak pandai, bahagia kehidupanmu di dunia dan di akhirat. Amin...."
Oleh kerana...ibu masih tak cekap buat kek, maka terima seadanye kek yg ibu beli ni...he.he.he...(Entah bila nak cekap...tak tahu lah lagi....)

Ini Kek Qistina..sempena ulang tahun kelahiran nye yg ke-6 tahun.


Kek dari pandangan sisi....nyummy...


Qistina and her birthday cake.

Isnin, 22 Disember 2008

Minggu ni....Merimaskan...

Salam...& hello there..
Minggu ni..rasa malas je. Ada le attend umah saudara mara & sahabat andai..gi umah kenduri kahwin dan sebagainya. Tapi, rasa boring yg amat sangat tu...tak gak hilang-hilang.
Bila gi kenduri kahwin, tertinggal lak digital camera. Tak dapek le ambil gambar pengantin dan barang hantaran yg comel-comel tu. Entahlah....Kalau mood tak bagus ni, semua jadi lintang pukang.
Sekolah tak lama lagi...akan dibuka semula. Of course, waktu-waktu begini, masa aku habiskan ngan membeli baju sekolah anak-anak, menyedaikan duit yuran anak-anak, gi sekolah anak..utk dgr taklimat dari guru besar ttg hala tuju sekolah berkenaan.
Dalam masa yg sama, pastikan business DCL berjalan lancar.
Talking about DCL, aku kena kemaskan PV downlines utk bulan Disember (dah urus dah...).
bab ni...kena jujur...otherwise...tak selesa perjalanan hidupku nanti. Lagi pun, kalau aku tak kemaskan, mesti hidup ku tak tenteram...
Yelah...baru lega hati ku ini...lepas menulis coretan ini. Hahahaha...memang aku tak boleh hidup tanpa membaca, menulis & berfikir.
Ok le...tata & salam...

Selasa, 16 Disember 2008

PERKAHWINAN....

Bunga Pahar 1...

Bunga Pahar 2...

Hidangan pengantin 1....

hidangan pengantin 2...

Hahahaha....teringin bersanding kembali. Tumpang pelamin sepupu le gamaknye...
jgn mareeee....
(sian kat suami...isteri punya permintaan...dia duk gak sebelah ibu tu....[THANKS EN. MIZI])

Isnin, 15 Disember 2008

Message yg ku dapat....

"seorg anak kecil ditemukan di acheh barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan nama Allah,dan anak itupun bisa bicara dgn binatang apapun,ini tanda kiamat,dunia ini hampir dekat,sebarkan berita ini ke 10 orang,insyaAllah dalam jangka 10 hari anda akan mendapat rezki besar,kalau tidak anda akan mendapat kesulitan tanpa henti,ini amanah,jangan diremehkan.kabar ini dtg dari tengku hasbi aminwakil m.p.u aceh barat,kejadian ini nyata. demi Allah"..

Pada pendapat ibu,
Benar atau tidak...bukan persoalan nye.

Yang pasti, KIAMAT itu tetap akan hadir.
HIDUP & MATI itu jua benar...
Kerna "42 tahun yg lalu...ibu masih belum bernyawa & bergelar manusia..."

DOSA & PAHALA itu pun benar..
SYURGA & NERAKA itu pun benar....

..........................
...........................

Ahad, 14 Disember 2008

McDonald Teluk Intan yg BARU...

Jom poi McDonald yg baru kat Teluk Intan. Sebelah nye tu GIANT yg sedang dalam pembinaan. Pandai betul kontraktor ni. Buka kedai makan dulu...
(Bertempat...kat tepi jalan..on the way ke Bidor,Kg.Gajah, Parit dll..)

Ini le sebahagian hidangan yg telah dibeli...
Apa lagi!..jom makan. yummy..yummy..yummy....

"Suke le bu..."kata Nabil

"Best!...best!...nanti datang lagi ye ibu, ayah..."...kata Qistina & Farhanah.

"Cik Abang, makan tak tunggu kawan yeee...tak aci ni..heh.heh.heh..."

"Sedap lah ibu!!!..."kata Irdina.

Yolah!...sodap gak makan kat sini...(ibu pun nak join gak...)

Ini Gambar selepas kenyang menikmati gentang goreng & Milo Ais. Burger tu...bawa balik umah...Dah konyang punya pasal..

Sabtu, 13 Disember 2008

ROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AAFM BERSAMA ADUN KUALA KRAU, YB WAN SALMAN


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AAFM BERSAMA ADUN KUALA KRAU, YB WAN SALMAN:

LOKASI 1 : SEK MEN KEBANGSAAN JENGKA PUSAT, BDR PUSAT

JENGKA.

TARIKH : 20HB DISEMBER – 21HB DISEMBER 2008.

20hb Disember 2008

Waktu

Program

8.00 am – 8.30 am

8.30 am – 9.30 am

9.30 am – 10. 00 am

10.00 am – 10.30 am

11.00 am – 11.30 am

11.30 am – 1.00 pm

1.00 pm – 2.00 pm

2.00 pm – 4.00 pm

4.00 pm – 5.00 pm

5.00 pm – 6.00 pm

6.00 pm – 7.00 pm

7.00 pm – 8.30 pm

9.00 pm – 10.30 pm

10.30 pm – 11.00 pm

11.00 pm – suboh

þ Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Jengka 15 untuk Majlis Perasmian Program oleh YB

þ Majlis Perasmian

þ Minum pagi/Pelajar bergerak ke SMKJP

þ Pendaftaran pelajar di SMKJP

þ Sesi ‘icebreaking’ oleh UiTM

þ Forum Ranjau Sepanjang Jalan dan Ceramah Kerjaya oleh AAFM

þ Makan tengahari/Zohor

þ Ceramah Peluang Latihan dan Kerjaya oleh IKM

þ Minum petang/rehat

þ Sukan/Sukaneka

þ Makan malam/rehat

þ Maghrib berjemaah diikuti Tazkirah antara Maghrib dan Isya oleh Ustaz Long Kechik (AAFM)

þ Ceramah Motivasi Perdana oleh Dato’ Faiz

þ Minum malam

þ Qiamullail bersama Ustaz Long Kechik

Pameran yang akan berlangsung sepanjang hari:

Ø Pameran Peluang Pendidikan oleh UiTM

Ø Pameran Peluang Kerjaya oleh IKM

Ø Pameran Anti dadah oleh AADK/PDRM

21hb Disember 2008

Waktu

Program

6.00 am – 7.00 am

7.00 am – 8.00 am

8.30 am – 11.00 am

9.00 am – 11.00 am

8.30 am – 11.00 am

11.30 am – 1.00 pm

1.00 pm – 2.00 pm

þ Kuliah Suboh oleh UiTM

þ Sarapan pagi

þ Seminar Menghadapi Peperiksaan oleh AAFM di Dewan SMKJP

þ Pertemuan dengan wakil masyarakat bersama Pengurus Besar Wilayah di Bilik Gerakan SMKJP

þ Sukan/sukaneka melibatkan belia di padang letak kereta SMKJP

þ Penggulungan Program oleh Presiden AAFM

Majlis Penutupan Program oleh Pengerusi Felda

þ Makan tengahari/Bersurai.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AAFM BERSAMA ADUN KUALA KRAU, YB WAN SALMAN.

LOKASI 2 : DEWAN SEMARAK FELDA JENGKA 15

TARIKH : 20HB DISEMBER 2008

WAKTU

PROGRAM

8.00 am – 9.00 am

9.00 am – 10.00 am

10.00 am – 10.30 am

10.30 am – 12.30 pm

12.30 pm – 2.00 pm

2.00 pm – 3.00 pm

3.00 pm – 5.00 pm

5.00 pm – 5.30 pm

8.30 pm – 10.00 pm

þ Ketibaan peserta program

þ Majlis Perasmian oleh YB Wan Salman

þ Minum pagi

þ Forum Pembangunan Masyarakat Berjaya oleh Dato’ Faiz

þ Makan tengahari/Kenduri Masyarakat

þ Ceramah Pengangguran dan cara mengatasinya oleh Dato’ Faiz

þ Ceramah Penyalahgunaan Dadah dan Rehabilitasi oleh Pengasih Malaysia

þ Minum petang/bersurai

þ Ceramah Ugama oleh Penceramah UiTM di Masjid Jengka 15

Pameran dan Program yang berlangsung sepanjang hari

Ø Program Berkhatan untuk 40 kanak-kanak di Dewan JKK Felda Jengka 15.

Ø Pameran oleh Felda

Ø Pameran oleh Pengasih Malaysia

Ø Pemeriksaan kesihatan percuma kepada peneroka/ibubapa.




(credit to Alumni asrama felda
http://alumniasramafelda.blogspot.com)
MAAF ye...Malas nak edit jadual yg dicopy paste kat atas...heh.heh.heh...

Rabu, 10 Disember 2008

Penangan resipi masakan...

Salam & hello everyone out there..
Gitu le yg terjadi...hari ni..kat another blog of mine, iaitu http://simahmail-sajian.blogspot.com

Tak cayo...cuba tengok..
he.he.he
People love FOODs..


Selasa, 9 Disember 2008

Gambar di BERJAYA HOTEL, GEORGETOWN

Salam n selamat sejahtera...just want to share...
Gambar ni, diambil masa tgh discuss utk perform drama.."scenerio semasa kat kantin smk Pulau Tonggak ke-12". Believe or not, ia nye berjaya di pentas kan...walau pun, tiada pentas. hahahaha...is great time. Discussion & laughing together. Harap dapat bertemu lagi ngan kekawan semua...


Mr. Eng..memang expert pasal ICT...tolong kekawan masukkan slide dia org tu...Thanks Mr. Eng.


Tgh masukkan slide masing-masing utk pembentangan individu...


Tgh standby tu....rajin nye Mr Ng...menghafal...
Paku Ruzi, molek sungguh senyuman mu... hahahaha...


Standby utk public speaking...tgh tension ni...


Snap waktu discussion time. Rovena & Juanita were not around. Myself...of course..tukang ambil gambar..


Ooi...u yg lemah lembut, but still penuh bersemangat..thanks...


Sopiah...yg agresif & penuh semangat...


Ooi & Fadzilah...gitu bersungguh-sungguh..


Khusyuk & tekun nye Ustaz Azahar & Athiyah ni...moga kite sama-sama berjaya hendaknye..aminnn..


Ini gambar kekawan dalam satu group;KV5.
Just to inform here, that I really happy dapat group members macam u all semua. Kenangan bersama melakukan tugasan, ketawa dan tension bersama...sesuatu yg indah & sukar dilupakan..
I really hope that we can still jumpa masa PTK4 nanti..yg entah tahun bila tu.
Moga kita semua berada di tahap 3 ke atas. aminnn. If one or more of us berjaya dapat 4 n 4..TAHNIAH le...
YES!!!!!

Ahad, 7 Disember 2008

Rakan yang seIRASku...masa di BERJAYA HOTEL, Georgetown



Kami serupa ke tidak?
Give your comment..
TQ.

Jumaat, 5 Disember 2008

JOM SUPPORT NUBHAN AF6


Salam & hello semua....
Jom support anakanda Nubhan..Utk gi FINAL AJL...

Isnin, 1 Disember 2008

Scond Tag that I will try to answer..

Salam & hello everyone out there..
I get another tag from my beautiful daughter in nubies club. Her name is Natasha.
However, since I am quite busy in these two weeks....I will answer all the questions given by her later. Hope is ok...
Thank u.

Khamis, 27 November 2008

Waktu-waktu stressku...

adoiaiii...
sakit dah kepala ku ini...melalui saat-saat akhir pengajian ku ini. Disambung pula ngan kursus seminggu..yg akan dtg ini..
....................

Sabtu, 22 November 2008

Topoghanjat den

Salam & Hello..
Malam semalam...nearly 2.00 am in the morning. Kalau kat India baru jam 11 lebih kot.
Tgh chat ngan anak saudara yg belajar perubatan kat India. Terklik le kat blog ku ni. Wow!!! so surprised...sobab tgk flag berkibar kat blog aku tu..ada byk bona..
& 47 visitors on line serentak. Ntah apo tojadi????...tak tahu den doh...
membuatkan mato ku yg kuyu monjadi soga lah balik. heh.heh.heh..
Tak cayo???...ni hah dio...bukti ehh...wakakaka...

Jumaat, 21 November 2008

AWARD ... Bestnye....

Assalamualaikum....
Jim...Thanks..
Bukan mudah nak dapek award ni. Tak pernah pun dapat pun sebelum ni....hehehe..
Macam pandangan Jim gak..Award nih ade... kira bagus gak. wakakakaka....
Beri ibu masa 3 hari before nak umumkan 4 org yg akan menerima Award nih
(tgh bz..k)
Jgn mareeeeee





Pemenang award ini adalah...
1) Aimer Rafiq (Nubie)
2) dakwan (Bahrain)...Se-petang dipinggir gurun
3) Iss (MMU Cyber Jaya)...ISS is my name
4) ladyM (Nubie)

Simple Chicken Soup...

Salam & Hello.
Hari ni..masakan utk lunch time..simple je. Letrik tak ade. Masak dalam gelap. Rumah teres...kiri kanan tak ade tingkap. Harap tingkap kat belakang..satu tu je. Mana nak cukup cahaya. Akhirnye..ikan bilis ku hangus sedikit. Dan rasa malas pun menebal. Cancell masak sayur. Harapkan ulam timun (tiada ditepek) ngan petai je. Timun..macam biasa cecah ngan sos cili.

Simple Chicken soup...dalam periuk ni.

Ikan bilis..ntah gred ape (keras semacam je)...digoreng bersama lada merah + lada hitam.
Hangus sikit tu...heh.heh.heh..

Petai yg telah dikupas & dibelah. Precaution..takut kalau ada ulat dalam petai tu..

Utk breakfast:
Cokodok ikan bilis. Ado yg dah kono gunting...memudahkan anak-anak yg kecil utk makan.

Khamis, 20 November 2008

Tea time menu for today

Sepinggan mee bandung..siap disaji...buat suamiku.
(Dia terperanjat..sobab...first time buat mee bandung. Lepas makan...siap cakap lagi...boleh buat lagi next time. Statement ni..kira bagus & motivate aku utk masak memasak lagi..heh.heh.heh...)

Secawan coffee panas dcl...

Ini kuah mee bandung. Snap dari atas le pulak...

mee yang telah siap direbus. Tinggal nak masukkan dalam pinggan & pour kuah mee bandung.... SODAP...

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.