Isnin, 29 Disember 2008

Messages ucapan Tahun Baru dari sahabat-sahabatku

Salam & Hello...
Ibu nak rakamkan ucapah Tahun Baru kat sini. Ketika nak masuk umo 42 years ni...terlalu syahdu dirasakan, apabila dapat messages sebegini.


1.From Alimah (ex-AFKL, Johor) N Enomail (sibling)
" Semoga Allah jadikan Subuhmu Cahaya, Zohormu Gembira, Asarmu Bahagia, Maghribmu Keampunan, Isyakmu Keberkatan, dan doamu diterima, diberkati rezekimu serta dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan. SELAMAT TAHUN BARU 1430H."

2.From Hj Abdul & Zaida (ex-AFKL, Johor)
" Salam maal hijrah. Semoga diberi keampunan dari segala dosa, bertambah keimanan dan diluaskan rezeki, dilorongkan kejayaan, dianugerahkan kebahagiaan & kesihatan..ameen. "

3. From Noreha Mat Isa (ex-afkl, Pahang)

"Assalamualaikum. Selamat menyambut ma'al hijrah 1430. Semoga tahun ini seluruh umat Islam akan lebih gemilang, cemerlang, N terbilang. Amin."

4. From Yus dan Abdul Samad (ex-afkl, Johor)

" Ibn Mas'ud berkata"Perkara yg paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tetapi amalanku tidak bertambah..." Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Salam MAAL HIJRAH

5. From Ami, Nan, Alia Maisara N Nurul Ain Lily (ex-afkl, Selangor)
"Selamat menyambut Maal Hijrah, Semoga perjalanan hidup kita lebih dipermudahkan dan diberkati.."

2 ulasan:

Fadzrul Azree berkata...

salam maah hijrah utkmu jga ibu...

Simah berkata...

Thanks fadzree..
Moga Fadzree dalam lindungan Allah selalu, dijauhi kemaksiatan dan kejahatan. Amin....

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.