Ahad, 11 Januari 2009

Sembahyang Sunat...

Salam & hello...
Jap lagi..nak tulis solat-solat sunat yang wajar kite lakukan selalu...agar kite leh hidup ngan lebih baik kat dunia yg fana ni.
Sila rujuk:
(i) http://syafrizal.hadithuna.com/qiyamullail-ibadat-sepanjang-malam/
(ii) http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/niat.html
(iii)http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-
penjernihan-jiwa/
(iv)http://permai1.tripod.com/dhuha.html
(v) http://alivewire.wordpress.com/2007/06/20/sembahyang-hajat-3/

(1) Sunat taubat
Boleh dilakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat diberi salam. Rakaat sebenarnya tidak terbatas.
Lafaz niat:"Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala."

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Rakaat 1: al-fatihah, ayatul-kursi (11kali)
Rakaat 2: al-fatihah, qul-huAllah hu ahad (11 kali)

Di dalam sujud akhir dibaca:

Ertinya: Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
* Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

*dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

*Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

___________________________________________________________


(2) Sunat Duha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

____________________________________________________

(3) Sunat hajat
Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;

1. Lafaz Niat:

"Usalli sunnatal Hajati rak'ataini lillahi ta'ala."
Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2. Takbiratul Ihram beserta niat.

3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua.

4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;

Ertinya :
Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.

__________________________________________________________________

(4) Sunat tahajud
Niat solat tahajud:

"Usalli sunnatal Tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala."
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan selepas pukul 12.00 malam, sebaik-baiknya terjaga dari tidur, rakaat yang sebenar tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah makbul do'a, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan,murah rezeki, dihormati masyarakat, tiada sampai khianat manusia serta mendapat kelebihan dari Allah dengan syarat diamalkan tiap-tiap malam InsyaAllah.

Dibaca pada sujud akhir:

Maksudnya:
Ya Allah, masukkanlah aku dengan kebenaran dan kleluarkanlah aku dengan kebenaran
dan kurniakan aku kekuasaan yang dapat menolong.

Doa selepas salam:

Maksudnya:
Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta dengan segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMu lah segala puji, pemancar
cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji. Engkau yang hak dan janjiMu adalah benar, dan
perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah
benar dan nabi-nabi adalah benar, dan Nabi Mohd saw adalah benar, dan hari Kiamat adalah
benar. Ya Allah kepadaMu lah kami berserah diri dan denganMu aku beriman, kepada Engkaulah
aku bertawakkal. Kepada Mu tempat kembali dan kepadaMu jua kami rindu dan kepadaMu jualah
kami berhukum. Ampunilah kami di atas segala kesalahan yang
kami lakukan, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Yang terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau.

-----------------The End----------------------------------------

1 ulasan:

Shikin JD berkata...

bagus la tu ibu....
sbg peringatan kepada sume...

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.