Selasa, 14 Julai 2009

Renungan

(credit to Zeida,ex-afkl-spm84)---- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: Bazz
Dihantar: Isnin, 13 Julai, 2009 9:30:00
Subjek: [USMalumni] Rahsia Solat Awal Waktu

Renungan bersama..... .....
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku
rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja
azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku
pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah
malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wallahualam.

4 ulasan:

ASYIQ berkata...

Bagus la info ni....boleh share tak kak shimah??? Apalagi...nak copy n paste kat blog saya la tu...hihi. Kalau boleh dan diizinkan habaq mai nooo.

Lama tul kak shimah tak update blog....sibuk ke?

Simahmail berkata...

SALAM EKIN...
MEMANG DIIZINKAN...
SILA LE...

biasalah Kin,
lagipun, buat pertama kalinye, akak ajar 6 subjek ngan tingkatan berbeza; Kimia(F5), Kimia(F4), Science(F5), Mathematics(F4), EST(F5), & PSK (F3).
Silap pertimbangan, teman mau je pindah sekolah...bawa diri yg lara..

dak wan berkata...

yup, sgt baik info nih. peringatan untuk diri den ni kak! thank u!

ASYIQ berkata...

Thanks kak shimah....akak mmg baik ati mcm dulu gaks...hihi.

Pengetua sekolah sy pn bising2 bila msk bulan Julai. Sape2 yg tak dpt abiskn silibus pada atau sblm 31 Julai...maka pepandailah ko buat kelas ptg ke..mlm ke..masuk je Ogos dah mula exam gerak gempur.

Maka timbullah suasana 'berebut budak' dalam bulan Julai...hihi.

Semenjak dok Convent Teluk Intan sy ngajar ringan je kak...20 waktu seminggu....sbb pegang post Ketua Guru Disiplin. Tapi sebab dek disiplin sini ok...maka saya terasa la byk no rehatnya. Pas tu kt sini still dua sesi...tiap2 hari balik awal...jangan jeles.

p/s time sibuk...sibuk jugaaaaa!!!

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.