Selasa, 20 Oktober 2009

Cuti Deepavali

Salam to all muslim & hello,
Cuti sekolah sempena Hari Deepavali, bermula Friday 16, diikuti Sabtu, Ahad, Isnin & Selasa.
Pada hari Jumaat tu, teman kemaskan mini garden teman yg udah lame bebeno tak diuruskan. Oleh kerana terlampau lamo tak exercise macam tu...the whole morning digunakan utk kemas mini garden tu. By afternoon session, teman tido je le...hehehe.

Second day, on saturday tu..teman habiskan masa lipat baju-baju yg udah 3 hari bertimbun kat sofa. Almaklum, teman tak dok tukang gaji(bibik). At 6.00pm kami sekeluarga bertolak ke Sg Buloh..nak jumpa new born baby girl (anak Kak Teh; adik teman yg number 7). Actually, sampai umah kak teh by 8.00 pm, teman menjemput mak teman & anak-anak lelaki kak teh...utk beraya kat umah adik number 9 di Saujana Putra. Best gak. Sayangnye...gambar makanan tak sempat ambik. Gambar org ngomeh adolah....hehehe..

Third day, hari Ahad tu, pepagi lagi teman mandikan Alia (new baby girl).

Gambar si Alia...sicomel sayang.

Lepas tu kami sekeluarga bersama mak & anak-anak mak Teh gi umah adik number 5 kat Meru Klang; utk jumpa new born baby boy si Hakim tu. Tengok le gambarnye nih.



Balik dari umah Hakim, terus packing barang-barang utk gi umah abang ipar di Rawang. Sempat le merasa nasi minyak berlauk daging, ayam & sayur coslow dia. Nyummy betul.
Tetibo teringat laptop tertinggal umah adik di Sg Buloh...apo lai..lopeh makan..terus je patah balik. Tanpa laptop teman rasa tak lengkap je... hehehehe..

Bayangkan...banyak sangat event hinggakan teman sampai Kuala Kangsar at 2.30 am. Dapek tido jam 3.00 am. Alamatnye...hari keempat & kelima cuti..teman habiskan ngan rest kat umah je.

Tiada ulasan:

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.