Rabu, 18 Mac 2009

AIR SOYA...

(sumber dari:http://rozzan.blogspot.com/)
Terima kasih brother rozzan.
Salam semua.
Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.....

Cuba lihat kat pic ini.


Cuba lihat dekat-dekat......

Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!



Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Isnin, 16 Mac 2009

STOP!!!!!!


(credit to http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php)
Nape dia org ni..tak timbang rase betul....

COMPANIES TO BOYCOTT


Sila ke http://www.inminds.co.uk
TENGOK!!!..jgn tak tengok.
huhuhuhu... KOJAM!!!!

Age at 40s' & "wind"


Salam...
Sabtu lepas (14 Mac 2009), early in the morning, aku gi ngajar tusyen kimia as usual. Cam selalu, pasti singgah gerai kakak tu, utk beli nasi & mee hoon (30 jumlah nye) for my beloved students. Nak makan jam 10.00 pagi nanti.
Cam selalu gak, aku pasti akan beli kuih muih utk makan dalam kereta..on the way ke sekolah. That morning, aku terbeli dan termakan kuih kacang dal tu, sebanyak 4 keping. Lepas makan tu...ok je. Bila balik ke rumah...

Aduh!!!! sakitnye kepala dan badanku ni. Sakit nye sampai minta anak-anak pijak badanku. Sampai suruh suami urut badan ni... Namun pening dan sakit badanku tak kebah sepenuh nye...huhuhuhu..
Masuk hari ni...dah 3 hari badanku tak bermaya. Nak nagis pun..tak guna gak.
Dah tahu umo 40an- badan senang masuk angin..kalau tersilap ambil makanan... huhuhuhu..

Bila badan sakit, pasti nak makan pun tak selera. Perut berbunyi, aku tak hirau pun. Akibat nye, hari ni dah masuk 3 kali aku cirit birit. Ini pasti usus-usus ku memberontak!. Nak buek camno..selera tak ade...

Telan je penadol 2 biji sekali makan. Baru le berpeluh sikit. Lepas tu, mesti sakit balik kepala dan badan-badan ni.

Harap-harap tak berlarutan...sebab nak gi sekolah rabu ni. nak settle byk perkara.
Doakan ye... huhuhuhu..

Khamis, 12 Mac 2009

Kehilangan sesuatu......

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan
Barang Hilang
(kiriman Zulhisham Abdul Malek))

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu
ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau
dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk
bermohon agar Allah SWT mengembalikan
semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari
dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan
bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang
hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

.......

Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada
orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang
kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barangbarang
saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah
pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling
mengasihani daripada segala yang mengasihani.

(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut
kaedah seperti berikut;

......

Nanti update....


www.darussyifa.org

Selasa, 10 Mac 2009

Alkisah Kereta Savvy ku.


Salam...

Kebelakangan ni... kete savvy ku selalu buat perangai je. Baru 2 minggu lepas...cermin depan retak (tak ganti pun...biar je gitu). Minggu lepas lak... cooler pump tak function. Pasal enjin dia original..cuba ganti ngan yg klon..tak fix pulak. Order original. Godek sana godek sini...kokak RM500.00 huhuhuhu...

Hari ni punye crite lagi bagus...
Pepagi lagi..dah hantar anak-anak ke sekolah mereka. Lepas tu, aku pun memecut ke sekolah aku lak. Konon nye nak datang lebih awal. Sebab... selama ni...lewat sesaje. (Muka ladot le kate kan...). Dah sign in kat kaunter sekolah, aku terus meluru ke kereta sebab nak parking le. Tetiba...
"kak Simah!...kak Simah!... Kete AFP Savvy tu...keta akak kan.." Kate si Bed (pembantu makmal sekolah).
"Ye Bed. Nape?" kataku.
"Tayar kete akak pancit le..."
"Tak de le Bed... Memang camtu pun.." kate ku selamba.
Aku pun terus ke kete. "Alamak!!!" betul le pancit... huhuhuhu. Camno aku tak leh perasan dari pagi tadi.

Oleh kerana aku ni...memang cool person. Aku tarik nafas dulu..Kemudian decide to call husband about that incident.
En. Hamizi ni pun cool person gak. Siap cakap lagi..nape dia pun tak perasan pagi tadi. Sembang punye sembang...dia siap cakap how to change flat tyre tu...huhuhu.. suamiku yg selalu yakin akan kebolehan isteri nye yg brutal ni...mesti suruh aku ganti tyre tu sendiri.
Aku pun...decide nak buat sendiri. Kalau aku tak berjaya, aku akan call dia balik. Dia pun setuju.

Lepas tu.. aku pun urus kan kerja lain dulu. Mula-mula tu..ada gak minta tolong kekawan lelaki ajar camno nak tukar tyre ni. Dia org ada yg kene gi mesyuarat, gi balai polis dan sebagai nye. For not making myself disappointed aku pun buke laptop dan gi searh kat you tube "how to change flat tyre". Sonang je rupe nye...
Lepas tgk kat you tube tu... aku pun gi le sorang-sorang kat kete. Buka bonet belakang tu dan cari spare tyre.

Sedang aku cube buka bonet kete tu...Cikgu Iskandar pun datang.
"Nak tukar sekarang ke?" Tanya nye.
"Ya" jawab ku.
" Meh aku tolong" Kate nye lagi.
Aku pun..biar kan je le dia buat. Aku buat ape yg patut. pasang jet je. hehehehe.. Yang lain...dia yg tolong buatkan..

Syukur alhamdulillah....

Kat sini, aku nak rakamkan ucapan terima kasih kat cikgu Iskandar sekali lagi. Pertolongan beliau pasti tak akan aku lupe kan sepanjang hayatku. Moga beliau sentiasa dilindungi Allah dari sebarang kejahatan & kemaksiatan. Amin....

Isnin, 9 Mac 2009

Kenduri Kahwin di Bidor


Hahahaha... jgn mareeee. Bagi peluang pengantin lamo sanding dulu yo... hehehehehe.

Lopeh tu tgk bunga kat tepi pelamin ni... Cantik bangat kelihatan...


Ni hah dio... empunye pelamin tu.
Pengantin yg segak bergaye ni..
Pengantin lelaki tu... sepupu suami ... sebelah mak.
Mereka tu...memang kebanyakkan nye tinggi lampai belaka.


Tu je le ye....
Wassalam...

Keinginan ku adalah.....


Salam...

Sajo nak luahkan perasaan lai kek sini. Bukan apo...ni kan...blog den. Jadi, boleh le den tulih ikut apo yg den suko (jgn ado yg tergurih ati dah.....).

Camni ceghito ehh...
Den ni...somonjak 2 monjak ni...kan main toghingin nak poi umrah ko Tanah Suci. Bukan apo. Tak complete idup den ni hah...kalau tak sompek ko sano.

Dunio ni dah tuo bona. Dio oghang asyik poghang yo. Macam tak ado side effect dari popoghangan yg dio oghang cipto tu. Kang.... tak sompek den nak ko Mokah...Dah musnah dunio ni. Kan... kompunan jadi ehh den ni. huhuhuhu..

Apo pun...den akan bousoho dan insa'Allah saat itu akan sampai yo...Amin...

PELAJAR AF7


(Credit tu www.murai.com.my)

Salam..
Hahahaha...ibu saje je.
Mesti ada yg nak ambil tahu pasal ni kan...

Oh ya. Ini le list nama yg tersenarai di af7.

Senarai 7 pelajar lelaki AF7


AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

Senarai 7 pelajar perempuan AF7

CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Harap nye.. 3 org ibu tu..dapat jaga diri. Termasuk gak yg bergelar bapa. huhuhuhu...

Jumaat, 6 Mac 2009

SUNYI SEPI......



Salam...

Hari ni...rasa nye sepi sangat. Sepinye hingga sampai tulang sumsum aku ni. Bukan apa, bila balik je dari sekolah... terasa penat bangat. Apa lagi ambik le masa nap jap. Nap..kat 30 minit. Rasa penat hilang le. Rasa bosan tu..yg tak hilang ni.. huhuhuhu..

Esok, 7 Mac...rasa nye ada kenduri sepupu sebelah suami..kat Bidor. Macam nak gi je. Apa pun, tgk je keadaan semasa..

Hari Isnin ni (9 Mac)...cuti Maulidurrasul (Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w). Kena manfaatkan cuti yg satu hari ni. Nak cuba marking kertas jawapan pelajar... utk ujian selaras 1 (Mac ). Kimia form 5 dah beres. Gitu juga Sains Form 5. Yg tgh tanda... Moden Mat form 4. Yang tgh bergulong lagi tu... EST form 5 dan PSK form 3. Rasa nye...kalau manfaat kan masa 3 hari cuti ni... bisa beres koje-koje tu.

Semenjak mula mengajar balik ni... rase tertekan le pulak. Macam byk noo koje aku. Atau..aku yg semakin tue.. tak se excellent cekap macam dulu. (Hahahahaha... masuk bakul angkat sendiri aku ni.... wakakakaka...). Apa pun...


RASE BOSAN KU HILANG JUA AKHIR NYE... BILO DILUAHKAN DI SINI... WEEEEEEEE

Rabu, 4 Mac 2009

Tag Gambar


Aku kena tag dari inna (sahabat lama ex-afkl)...hehehe.

The challenge is :

- GO to your photos folder in your computer

- GO to the 6th Folder of your photos- GO to the 6th photos in that folder

- Put the picture on your blog & description of it.

- Invite 6 friends to join the challenge

- Link them in your blog & let them know they have been challenged.*Here goes

Gambar yg kena ialah......Gambar penguin yg dicemari minyak yg tertumpah di lautan (oil spilt-gambar ini dicari masa buat kertas kerja paper environment chemistry analysis ).. hahahaha

Folder ke enam aku label sebagai Oil Spilt
Gambar ke enam ialah gambar penguins keminyakan...huhuhuhu

Tag seterusnya ditujukan pada

1.Angah Zamani
2.mamacutie
3.Dakwan Bahrain
4.Umi Kyrun
5.Ecah nubies
6.Along Iras

Tag ni senang aje nak buat...Sila lah ye...

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.