Isnin, 16 Mac 2009

Age at 40s' & "wind"


Salam...
Sabtu lepas (14 Mac 2009), early in the morning, aku gi ngajar tusyen kimia as usual. Cam selalu, pasti singgah gerai kakak tu, utk beli nasi & mee hoon (30 jumlah nye) for my beloved students. Nak makan jam 10.00 pagi nanti.
Cam selalu gak, aku pasti akan beli kuih muih utk makan dalam kereta..on the way ke sekolah. That morning, aku terbeli dan termakan kuih kacang dal tu, sebanyak 4 keping. Lepas makan tu...ok je. Bila balik ke rumah...

Aduh!!!! sakitnye kepala dan badanku ni. Sakit nye sampai minta anak-anak pijak badanku. Sampai suruh suami urut badan ni... Namun pening dan sakit badanku tak kebah sepenuh nye...huhuhuhu..
Masuk hari ni...dah 3 hari badanku tak bermaya. Nak nagis pun..tak guna gak.
Dah tahu umo 40an- badan senang masuk angin..kalau tersilap ambil makanan... huhuhuhu..

Bila badan sakit, pasti nak makan pun tak selera. Perut berbunyi, aku tak hirau pun. Akibat nye, hari ni dah masuk 3 kali aku cirit birit. Ini pasti usus-usus ku memberontak!. Nak buek camno..selera tak ade...

Telan je penadol 2 biji sekali makan. Baru le berpeluh sikit. Lepas tu, mesti sakit balik kepala dan badan-badan ni.

Harap-harap tak berlarutan...sebab nak gi sekolah rabu ni. nak settle byk perkara.
Doakan ye... huhuhuhu..

1 ulasan:

ASYIQ berkata...

K Shimah,
Bila umur dh meningkat, mmg byk benda lain yang nk singgah. Sy dulu penghidap migrain...sampai pegi berbekam. Tetapi alhamdulillah semenjak makan Royal Jelly (CNI) saya dah bebas dari bahana migrain. Badan pun semakin sihat.
Badan kita perlukan makanan tambahan. Amal ubat berdadah pun bahaya juga....

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.