Ahad, 10 Ogos 2008

Today's second entry ialah nak tunjuk rumahku...yg tersergam lesu di lereng bukit kecil..somewhere di kuala Kangsar. Rumah ni..dah lama tak dicat semenjak diduduki since 1999. Bermakna..nearly 10 years.

Walaupun..rumah ini agak usang kelihatan..ia masih lagi bagai syurga di hati & mataku. Rumah teres yang berkembar lapan ini, tak mengizinkan aku mempunyai tanah untuk bercucuk tanam.
Namun begitu, masih ada pokok-pokok yang mampu tumbuh utk menghijaukan pemandangan di depan dan belakang rumahku itu. Here u are.. pokok pandan yang tumbuh di penjuru pagar di belakang rumah, disulami pokok betih yang sedang berbuah.
Tidak ketinggalan sayur keledek yang tumbuh di tepi pagar. Siapa sangka..tanah yang luasnya hanya lebih kurang 6 kaki panjang x 1 kaki lebar..masih boleh tumbuh pokok-pokok ini. Itu le..macam pepatah orang tua.."berbudi pada tanah...tak pernah menghampakan kita".
Di bawah ni...adalah mini garden..depan rumah.

Di sebelah depan rumah tu...aku masih boleh menanam pokok-pokok bunga dan herba. Tapi, dalam pasu-pasu le. Pokok halia, kencur, kunci mas, sayur bende, ulam raja, pokok kaduk, serai (tiada dalam gambar) tersusun menghijau.....Seronok hatiku melihat pokok-pokok itu membesar & menghijau..menghiasi depan rumahku itu.
Gambar kat atas ni..from left: pokok halia, ulam raja & kunci mas (pokok utk peranakan wanita yg telah beranak pinak).
Di bawah ni pula...from left: pokok kaduk, kacang bendi & pokok kencur (macam halia tapi lebih kecil)
Itu je..untuk kali ini...
Wassalam & daa..
"Plants with simahmail"

Tiada ulasan:

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.