Jumaat, 13 Februari 2009

F.A.M.I.L.Y ( Dari Abg Kamal Najmi Saringat-ex-asbkl))

Salam & hello everyone out there..
A story to share with u all..


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan bertaburan",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri,kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku,bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, " Adik terjumpanya delakang rumah di semak"

" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"

2 ulasan:

dak wan ... berkata...

KakShimah,

Syahdu plak ghaso hati kan kak cito nih. Tula kenkadang (malahan selalu) kito lupo nak appreciate bondo2 keliling kito kan. bilo dah takdo barulah terkilan la bagai..

sodeh nih sodih..sob sob

Ex Starians berkata...

Anak saya juga Ex ASBKL, Keramat tahun 1994

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.