Jumaat, 21 November 2008

Simple Chicken Soup...

Salam & Hello.
Hari ni..masakan utk lunch time..simple je. Letrik tak ade. Masak dalam gelap. Rumah teres...kiri kanan tak ade tingkap. Harap tingkap kat belakang..satu tu je. Mana nak cukup cahaya. Akhirnye..ikan bilis ku hangus sedikit. Dan rasa malas pun menebal. Cancell masak sayur. Harapkan ulam timun (tiada ditepek) ngan petai je. Timun..macam biasa cecah ngan sos cili.

Simple Chicken soup...dalam periuk ni.

Ikan bilis..ntah gred ape (keras semacam je)...digoreng bersama lada merah + lada hitam.
Hangus sikit tu...heh.heh.heh..

Petai yg telah dikupas & dibelah. Precaution..takut kalau ada ulat dalam petai tu..

Utk breakfast:
Cokodok ikan bilis. Ado yg dah kono gunting...memudahkan anak-anak yg kecil utk makan.

8 ulasan:

Zam berkata...

Salam Ibu
Masaklah simple2 pun
Bg angah tu pun dah kira best
yum2 ;)

ina berkata...

sedap ikan bilis ko tu simah

tak kisah la gred apa pun janji ikan bilis...aku kalau dah tak selera nak makan...ikan bilis la aku terjah jadikan lauk...

Simah berkata...

Ngah Zamani...
Thanks..

Bile le ngah nak dtg umah ibu ye..

Simah berkata...

Inna..

Ikan bilis tu...memang manis.

For your info,
Aku tak guna ajinomoto...or any perasa/ramuan lain...masa masak.

Aku hanya guna ikan bilis je...bila masak memasak ni..
Masakan tu...pastinye manis...rasa macam kite letak aji gak.

Tanpa Nama berkata...

sedapnyer bu... fevret mie ikan bilis tue... kalau goreng dengan cili api... sedap sangat... boleh tak sedar tambah nasi 2 3 pinggan...

Simah berkata...

hehehe Mie...
Sama le kite. Ibu pun suke sgt makan ikan bilis ni..
Kalau buat sambal tumis...Alahai...
memang botambah sodap.

LadyM berkata...

simplelah yg paling sedap kekadang...kasi kek den, den telan je...xyah kunyah...hehehehhe...

Simah berkata...

LadyM...
hahahahaha...
Tolan yo...wakakaka...

Photos to share...

PESANAN TUAH ( dari http://abangtuah.blogspot.com/2008/12/tigers-that-miow.html )

PESANAN TUAH


MELAYU SEBENARNYA HEBAT,

MELAYU JUGA SEBENARNYA KUAT,

SILAP MELAYU MEMBUANG ADAT,

SILAP MELAYU KURANG MAUFAKAT,

SARANAN AGAMA TAK AMBIL BERAT,

AYOH MELAYU UBAH TABIAT,

SEBELUM MELAYU HILANG MARTABAT.


Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa

“ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Adat bersaudara, saudara dipertahankan;
adat berkampung, kampung dijaga;
adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.